Batuk kering atau TB terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman ‘tubercle bacilli’ yang disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai ‘pulmonary tuberculosis’. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana lapan juta mempunyai jangkitan yang aktif.

Tanda-Tanda

  • Batuk berpanjangan selama dua minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu mendapatkan ujian kahak di klinik atau hospital serta melakukan ujian sinaran X (x-ray). Sekiranya tidak dikesan, virusnya boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit juga dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Cara Pencegahan

  • Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering yang diberikan sewaktu bayi dan murid darjah satu sekiranya tiada parut suntikan.
  • Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama dua minggu atau lebih.
  • Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  • Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
  • Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana dapat membunuh bakteria di udara.
  • Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen