Perahan jus limau kesturi sememangnya mampu menambahkan kelazatan rasa dalam minuman dan juga masakan. Keistimewaan jus limau kesturi bukan setakat itu sahaja, malah banyak lagi khasiat buat sitrus ini yang mungkin belum diketahui. Selain jusnya yang enak diminum, kulit limau kesturi dikatakan berkesan mengurangkan penyakit lelah, pening kepala dan sakit tekak.

MENGURANGKAN ASMA 

Kepada mereka yang menghidap asma, ambil satu sudu madu dan campurkan dengan titik jus limau kesturi. Minum campuran madu dan jus limau kesturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa terutama ketika keletihan. Amalkan seminggu sekali.

MELEGAKAN PENING 

Ambil sebiji limau kesturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Picit kulit limau kesturi tadi sehingga cecairnya keluar. Halakan cecair tersebut ke arah hidung.

MENYEMBUHKAN SAKIT TEKAK 

Limau kesturi digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak. Bagi orang dewasa, campurkan jus limau kesturi dengan sedikit lada hitam sebelum kacau dan minum. Untuk kanak-kanak pula, anda boleh mencampurkan jus limau kesturi itu dengan sedikit madu.

MENGHILANGKAN KESAN MINYAK PADA PAKAIAN 

Perahkan sebiji limau kesturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kesturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran tadi di atas bahagian pakaian yang terkena minyak. Biarkan selama 5-10 minit. Kesan minyak akan hilang sebaik sahaja anda membasuh pakain tadi.

Sumber: Harian Metro (17 Julai) & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen