Ada beberapa cara untuk memasak petai supaya baunya boleh dikurangkan dan tidak terlalu menyengat. Jom tengok cara berikut. Mungkin boleh dipraktikan selepas ini.

  1.  Sebelum dimasak, bakar petai bersama kulitnya di atas api hingga warna kulit menjadi kehitaman dan permukaan kulit mengelembung. Bila sejuk boleh keluarkan isinya untuk dimasak atau terus dijadikan ulam, ia bukan sahaja mengurangkan bau tetapi lebih sedap.
  2. Goreng petai bersama kulitnya dalam minyak panas sehingga garing dan layu, kemudian keluarkan isi dan masak mengikut resipi yang diinginkan.
  3. Atau boleh direbus dahulu petai tersebut untuk mengurangkan bau, tetapi ia tidak seranggup petai yang digoreng atau dibakar. Tetapi cara ini sesuai untuk petai yang dimasak dengan resipi berkuah.

Tip: Untuk petai tahan lama, masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen