Inginkan kelainan hidangan untuk tetamu anda? Anda boleh cuba resepi Creme Brulee ini. Pastinya tetamu anda akan menggemarinya.

Bahan yang diperlukan dan langkah membuatnya sangat mudah. Pasti anda tidak pening kepala. Jom cuba!

Bahan yang diperlukan: 

  • 30 gm gula
  • 50 gm kuning telur
  • 100 ml susu segar
  • 100 ml krim
  • 2 tangkai vanila | dipotong kecil

Cara membuatnya: 

  1. Masukkan krim dan susu segar ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan tangkai vanila secukupnya dan didihkan sehingga adunan sebati.
  3. Seterusnya pukul gula dan kuning telur sehingga menjadi gebu.
  4. Masukkan adunan krim tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan dikacau selalu supaya adunan sebati.
  5. Tapiskan adunan dan tuangkan ke dalam acuan bersesuaian. Bakar dengan teknik bain marie pada suhu 160ºc selama 25 minit. Sejukkan dan sedia dihiaskan bersama sos strawberi.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen