Pernahkah anda mengalami keadaan seperti pening kepala, pedih mata, lesu, sesak nafas, kulit menjadi gatal, apabila memasuki dan berada dalam sesebuah bangunan, sedangkan anda tidak mengalami apa-apa sakit pada masa itu.  Yang peliknya, anda akan kembali sihat seperti biasa beberapa jam atau selepas beredar daripada bangunan tersebut.

Sick Building Syndrome (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas mengikut penjelasan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008).

Kajian menunjukkan Poor Indoor Environmental Quality (IEQ) adalah penyumbang kepada SBS.

Faktor-Faktor

  1. Bahan binaan bangunan. Bahan tersebut membenarkan mikroorganisma bercambah di dalamnya. Bahan tersebut juga melepaskan wap kimia yang menjadi punca iritasi kepada penghuni.
  2. Sanitasi yang buruk.
  3. Ozon (dihasilkan daripada mesin fotostat), pelarut organik dan formaldehyde di udara.
  4. Perkakas atau produk yang digunakan atau diletakkan berdekatan bangunan yang mengeluarkan asap atau gas menyebabkan dermatitis sentuhan.
  5. Sistem penyaman udara yang tidak diselenggara sempurna, pengudaraan yang tidak baik (karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya terkumpul di dalam bangunan).
  6. Pencemaran dari luar atau dalam bangunan yang disebarkan oleh sistem penyaman udara.
  7. Kulapuk, bacteria, kulat, dust mites dalam bangunan.
  8. Penyelenggaraan, pembersihan bangunan yang tidak teratur menyebabkan habuk fiber berkumpul.
  9. Pencahayaan dalam bangunan yang tidak mencukupi.
  10. Hurungan vermin (tikus, lipas, serangga lain)
  11. Faktor persekitaran (karbon monoksida daripada ekzos kereta yang diparkir berdekatan bangunan, suhu, kelembapan, bau, bunyi bising, elektro-magnetic field/vibration dalam bangunan, Volatile Organic Compound akan masuk dan berlegar melalui rekahan pada struktur yang tidak dibaiki).
  12. Asap rokok atau ETS (Environmental Tobacco Smoke).

Tanda-Tanda

Tanda-tanda SBS dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:-

Kumpulan A :

  1. Sakit kepala
  2. Kelesuan
  3. Loya
  4. Pening

Kumpulan B :

  1. Sesak hidung
  2. Pembengkakan
  3. Gatal atau iritasi  (mata, hidung, tekak)
  4. Simptom sublklinikal (sakit kepala, lesu)

Kumpulan C:

  1. Batuk
  2. Nafas pendek
  3. Demam menggigil dan/atau lesu selepas memasuki bangunan tersebut
  4. Diagnosed infection

Rawatan Dan Pencegahan

  1. Larangan merokok di dalam bangunan termasuk rumah.
  2. Memasang pembersih udara.
  3. Pembersihan berkala perlu diamalkan bagi mengawal habuk dan kekotoran dalaman.
  4. Penyelenggaraan bangunan dan persekitaran dalaman.
  5. Mengawal pembiakan kulat dengan cara mengawal kebocoran air dalam bangunan, mempastikan tidak ada kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap, kawalan kimia ke atas kulat.
  6. Penyelenggaraan sistem pengudaraan berkala oleh syarikat yang cekap.
  7. Pengawalan serangga dilakukan oleh pihak operator berlesen.
  8. Syarikat pembersihan pejabat wajib memperoleh CSDS (Chemical Safety Data Sheet).
  9. Pihak pemaju dan operator pengubahsuai bangunan hendaklah tidak menggunakan bahan yang mengandungi bahan bertoksik.  Pemasangan peralatan dan kelengkapan pejabat hendaklah dipilih, disimpan, dikendalikan dan digunakan dalam keadaan di mana pelepasan emisi adalah minimum (penggunaan organic volatile yang minimum).
  10. Jika proses pengubahsuaian sedang berjalan, kawasan yang tidak perlu pengubahsuaian perlu dilindungi persekitarannya dari kawasan pengubahsuaian.
  11. Pihak majikan wajib mengadakan latihan, penyeliaan, menyediakan maklumat faktor serta cara mengelakkan SBS.

Sumber: myhealth.gov.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen