Minyak masak adalah bahan terpenting ketika ingin mengoreng atau memasak masakan buat keluarga. Selama ini cara anda gunakan minyak masak adalah apa yang anda belajar daripada ibu dan nenek anda. Adakah cara anda itu betul?

  • Jadikan mata dan hidung sebagai peengesan bau minyak. Jika ada bau tengik menyengat, ia bermakna minyak mungkin telah rosak. Dan ini secara tidak langsung membuatkan makanan yang anda goreng juga akan berbau dan tercemar.
  • Perhatikan kemasan pada botol minyak yang anda beli. Jika ada bocor, kemasukan udara dan wap air boleh menjejaskan mutu minyak masak.
  • Elakkan daripada menggunakan kuali atau periuk yang diperbuat daripada besi dan tembaga kerana dua bahan ini lebih mudah menyebabkan minyak rosak berbanding kuali yang diperbuat dari stainless steel kerana ia tidak bertindakbalas dengan minyak.
  • Elakkan dari memasukkan makanan sejuk beku ke dalam minyak panas kerana air akan memudahkan minyak menjadi rosak.
  • Goreng makanan apabila minyak betul-betul panas, supaya hasil gorengan menjadi lebih sempurna.
  • Untuk menjaga kualiti minyak, pastikan suhu minyak semasa menggoreng tidak lebih dari 190C.
  • Elakkan menggunakan minyak masak lebih dari dua kali.

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen