Masalah remaja kahwin lari bukan lagi satu perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Punca utama mereka kahwin lari ialah kerana tidak mendapat restu dari ahli keluarga lain. Ibu bapa seharusnya mengambil tahu perihal anak kerana mereka mudah terdedah kepada perkara yang melibatkan gejala sosial.

Jom lihat antara punca dan bagaimana mengatasi masalah ini.

KELUARGA 

Mengukuhkan institusi kekeluargaan sangat penting. Punca utama remaja lari dari rumah ialah disebabkan permasalahan di rumah. Masalah keluarga yang berpecah belah menyebabkan mereka berfikir bahawa mereka tidak lagi diperlukan atau ibu bapa sudah tidak menyayangi mereka.  Ibu bapa perlu menggunakan sudut pendekatan emosi dan psikologi untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh anak mereka dan tidak hanya bergantung dengan memberi  keperluan material sahaja.

RAKAN SEBAYA 

Rakan sebaya merupakan antara golongan yang paling rapat dengan anak. Jadi mereka lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mengikut perilaku rakan sebaya tanpa mengira baik atau tidak baik. Ibu bapa perlu memantau peranan rakan sebaya anak mereka supaya mereka tidak terjebak dengan rakan sebaya yang tidak baik.

MASYARAKAT

Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Guru dan jiran boleh membantu dengan mengesan perubahan perilaku remaja di sekolah atau di rumah. Unit Kaunselor sekolah atau masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi kaunseling kepada remaja yang mula menunjukkan perilaku yang tidak baik. Dalam hal ini masyarakat perlu mengubah semula cara kehidupan dengan hanya tidak berpeluk tubuh sahaja membiarkan mereka terus terjebak dengan masalah sosial.

MEDIA

Media memainkan peranan penting dalam perkembangan remaja kerana media boleh memberi kesan positif dan juga kesan negatif. Remaja biasanya mudah terpengaruh dengan aksi negatif yang sering dipaparkan dalam media. Sebagai contohnya apabila remaja menonton filem barat yang memaparkan kehidupan remaja barat yang berpusatkan kepada kebebasan dan keseronokan sehingga ada yang sanggup lari dari rumah kerana terlalu mengikut budaya barat.

INSTITUSI KERAJAAN DAN NGO 

Institusi yang terlibat perlu mengambil berat tentang perkara ini. Institusi yang ditubuhkan adalah untuk membantu remaja bermasalah. Mereka akan menyediakan program yang membantu remaja untuk tidak terlibat dalam gejala tidak elok. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti keagamaan, khidmat sosial komuniti dan sebagainya dapat memberi manfaat yang berguna kepada remaja.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen