Telur Tauhu Kukus. Namanya macam rumit tapi jangan tak tahu cara nak buatnya senang sahaja. Berikan kelainan kepada masakan anda dengan mencuba resepi Telur Tauhu Kukus ini.

Jom kita lihat apa bahan yang digunakan dan cara membuatnya.

Bahan yang digunakan: 

  • 4 biji telur
  • 2 tiub tauhu Jepun
  • 500gm isi ayam | hiris
  • 2 biji cili merah | racik
  • 2 tangkai daun bawang | racik
  • 2 helai daun sup | racik
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya: 

  1. Dalam satu mangkuk, campurkan tauhu dengan tauhu Jepun, isi ayam, cili merah, daun sup, daun bawang, lada sulah dan garam secukup rasa. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur dalam satu mangkuk lain dan kacau hingga rata. Kemudian campurkan ke dalam mangkuk campuran tauhu.
  3. Kemudian, sediakan acuan dan sapukan acuan dengan sedikit minyak masak.
  4. Tuangkan isian tauhu tadi, kemudian kukus selama 15 minit.
  5. Tauhu telur kukus sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen