Pernahkah anda melihat seseorang kekok memegang bayi? Jika salah cara anda memegang bayi, ia berkemungkinan akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis.

Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu dan bapa sudah pasti pelbagai ilmu keibubapaan diketahui untuk memastikan bayi dalam penjagaan yang sempurna. Ini termasuk cara memegang bayi dengan selamat. Jom lihat cara ini.

KETIKA MEMEGANG BAYI 

  1. Semasa bayi baring secara menelentang, anda perlu masukkan sebelah tangan pada bahagian bawah antara belakang dan punggung bayi. Ini untuk menyokong tulang belakang bayi yang masih lembut.
  2.  Secara bertentangan, masukkan tangan anda sebelah lagi ke bawah antara leher dan kepala bayi. Ini bertujuan untuk menyokong kepala bayi.
  3. Seterusnya angkat kepala bayi secara perlahan-lahan. Tangan anda masih lagi menyokong kepala bayi dan tangan sebelah lagi bahagian punggung bayi. Ketika ini, kedua-dua tangan anda perlu memegang kuat bayi untuk mengelak bayi terjatuh ke belakang.

KETIKA MELETAK BAYI 

  1. Setelah anda berjaya mengangkat bayi dengan selamat, alihkan kepala bayi ke arah bahagian lengan anda supaya kepalanya dapat menyokong dengan kuat. Tangan satu lagi menyokong kepala bayi.
  2. Masih dalam posisi yang sama untuk meletakkan bayi, iaitu tangan menyokong kepala dan tangan sebelah lagi menyokong punggung bayi. Letakkan bayi dengan berhati-hati sambil menyokong badan bayi dengan selamat sehingga di atas tilamnya.
  3. Setelah bayi berjaya diletakkan, secara beransur-ansur keluarkan tangan anda di bawah punggung bayi. Begitu juga tangan yang menyokong kepala bayi. Letakkan bayi perlahan-lahan secara selamat.

KETIKA MENDUKUNG BAYI 

Terdapat dua jenis cara dukung biasa diketahui umum iaitu dukung pada bahu dan muka ke bawah.

  1. Posisi Bayi Pada BahuCara dukung bayi dengan bayi pada bahu adalah cara yang popular diguna pakai oleh setiap ibu bapa.  Posisi ini membuatkan bayi berasa selamat dan dekat dengan ibunya. Sokong berat bayi dengan meletakkan satu tangan ke bawah punggungnya dan tangan lagi satu untuk menyokong kepalanya.
  2. Posisi Muka Ke BawahCara dukung posisi berlainan ini mungkin membuatkan bayi suka. Bayi dalam kedudukan keadaan muka ke bawah dengan dagu dan pipi direhatkan pada lengan anda. Posisi ini sesuai untuk meredakan masalah kembung perut pada bayi.

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen