Baru-baru ini, kes seorang pelajar tahfiz terpaksa dipotong kakinya mendakwa telah didera oleh salah seorang guru madrasah tahfiz tersebut. Pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi setelah doktor menangguhkan pembedahan memotong tangan kanannya kerana jantungnya yang tidak stabil. Kes penderaan kanak-kanak bukan sahaja berlaku di rumah tetapi juga seringkali kita melihat kes penderaan kanak-kanak berlaku di sekolah atau taska. Sampai bilakah kes penderaan kanak-kanak ini akan berleluasa?

Jom kita lihat apakah langkah yang membantu mencegah penderaan terhadap kanak-kanak.

Didik Diri Sendiri Dan Individu Lain

Sokongan untuk kanak-kanak dan ibu bapa boleh menjadi cara yang terbaik untuk mencegah penderaan kanak-kanak. Aktiviti selepas sekolah, kelas pendidikan ibu bapa, program mentor dan penjagaan sementara adalah beberapa langkah untuk memastikan anak anda jauh daripada bahaya. Jadilah suara yang menyokong usaha ini di dalam komuniti ini.

Ketahui Apa Itu Penderaan Kanak-Kanak

Penderaan fizikal dan seksual jelas adalah satu penganiayaan tetapi begitu juga dengan kecuaian atau kegagalan ibu bapa atau penjaga lain untuk menyediakan keperluan lengkap untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh didera secara emosi apabila mereka tidak diterima, dimarahi atau dipinggirkan secara berterusan.

Ketahui Tanda Dera

Kecederaan fizikal yang tidak dapat dijelaskan bukanlah satu-satunya tanda anak anda didera. Kemurungan, takut pada individu tertentu, sukar mempercayai individu lain atau sukar membuat membuat kawan, terdapat perubahan mendadak dalam selera makan dan corak tidur, tingkah laku seksual yang tidak sesuai, tidak menjaga kebersihan, selalu berahsia dan sering bermusuh adalah tanda yang menunjukkan anak anda mungkin mengalami penderaan secara fizikal, seksual atau emosi.

Ajar Anak Anda Hak Mereka

Apabila kanak-kanka diajar yang mereka adalah istimewa dan mempunyai hak untuk sentiasa berasa selamat di mana-mana sahaja, mereka akan kurang cenderung untuk berfikir bahawa penderaan itu berlaku kerana kesalahan mereka dan mereka akan lebih cenderung untuk melaporkan pendera.

Luangkan Masa Anda

Libatkan diri dengan ibu bapa lain dalam kawasan komuniti anda. Bantulah kanak-kanak yang lemah dan keluarga mereka. Buat kumpulan untuk kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain.

Laporkan Penderaan

Jika anda menyaksikan penderaan kanak-kanak atau melihat bukti penderaan, buat laporan kepada jabatan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak negeri anda atau buat laporan di balai polis yang berhampiran. Apabila bercakap tentang penderaan dengan kanak-kanak, pastikan anda dengar dengan teliti, berikan kepastian kepada kanak-kanak itu bahawa dia melakukan perkara yang betul dengan memberitahu pihak berkuasa dan mengesahkan bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Melabur Dalam Hal Ehwal Kanak-Kanak

Minta dan galakkan campur tangan pemimpin untuk menyokong hal ehwal kanak-kanak dan keluarga. Tanya majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga. Tanya penggubal undang-undang tempatan untuk menyokong undang-undang untuk melindungi anak-anak kita dan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen