Pada mereka yang inginkan kelainan dalam masakan untuk keluarga boleh cuba resepi lasagna daging ini. Walaupun orang kata buat lasagna leceh, sebenarnya senang sahaja.

Jom tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 1 paket lasagna

Sos Daging 

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang
  • 300g daging cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan puri tomato
  • 1 kiub ayam
  • 250g ayam

Sos Keju 

  • 30g mentega
  • 30g tepung
  • 300ml susu krim
  • 80g keju mozarella rendah lemak
  • 1 sudu kecil oregano kering
  • 1/4 cawan mozarella untuk hiasan

Cara membuatnya: 

  1.  Mula-mula, sediakan sos daging. Goreng bawang putih dan bawang sehingga wangi sebelum menambah daging cincang.
  2. Masak daging sehingga perang dan tambah sos cili, puri tomato, kiub pati ayam dan air. Biarkan ia reneh selama kira-kira 10 minit.
  3. Seterusnya, sediakan sos keju. Dalam kuali yang berasingan, kacau mentega ke dalam tepung sehingga menjadi sedikit coklat. Kemudian, tambah susu dan mozzarella. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
  4. Susun kepingan lasagne dalam kuali penaik, lapiskan satu-satu dengan sos daging dan sos keju.
  5. Ulangi langkah ini sehingga semua bahan-bahan telah digunakan dan taburkan oregano dan sedikit lagi mozzarella di atas.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit pada suhu 180 ℃. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

Sumber: maggi.com.my

Komen dgn Fesbuk

komen