Resepi yang dikongsikan kali ini adalah berbentuk minuman. Buat penggemar Latte, anda boleh buat sendiri minuman kegemaran anda hanya dirumah. Dekat kedai atau cafe mungkin tidak mengikut citarasa tekak anda. Di rumah anda boleh tambah bahan ikut suka anda. Cubalah resepi Latte Madu bersama campuran Kayu Manis dan Epal ni. Tentu lepas ini anda akan buat sendiri Latte anda.

Jom lihat apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuatnya.

Bahan yang digunakan: 

  • Latte

Sirap Madu Epal 

  • 2 hiris buah epal
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/4 cawan air

Hiasan

  • Kulit kayu manis
  • Krim putar
  • Madu

Cara membuatnya: 

  1. Untuk membuat sirap: Campurkan semua bahan dalam periuk. Hidupkan api yang tinggi dan reneh selama 5 minit sehingga campuran pekat. Alihkan kuali dan biarkan sirap sejuk.
  2. Untuk membuat latte: Letakkan 2 sudu besar sirap epal madu di bahagian bawah cawan anda. Tuangkan espresso di atas sirap dan di akhiri dengan susu panas. Sekiranya anda mempunyai mesin espresso di rumah, anda hanya perlu tuangkan minuman terus di atas sirap.
  3. Hiaskan dengan krim segar, madu dan batang kayu manis.

Selamat mencuba!

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen