Apakah menu sarapan kegemaran anda setiap pagi? Roti bakar dan telur setengah masak? Roti bakar dan kaya? Mesti kena ada roti bakar setiap pagi, baru pagi anda berjalan dengan gembira. Cuba resepi kali ini pula. Resepi Roti Bakar Marshmallow. Unik bukan?

Bahan yang diperlukan: 

  • 3 keping roti bijirin
  • ½ cawan keju cheddar di parut
  • 10 biji marshmallow – hiris nipis
  • Sedikit sos coklat

Cara membuatnya:

  1. Susunkan roti pada dulang pembakar dan taburkan keju cheddar di atasnya.
  2. Tambahkan marshmallow, pastikan rata dan bakar selama 10 minit pada suhu 180⁰C.
  3. Setelah masak, tuangkan sos coklat sebelum dihidangkan

Selamat mencuba!

Sumber: sajionline.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen