Selalu kita lihat orang buat durian crepe bukan? Tapi kita ni jenis bukan makan durian. Dan kita nak merasa bagaimana crepe tu. Apa lagi, boleh lah cuba resepi crepe oreo ni. Lepas ni boleh guna bahan lain pula.

Jom lihat apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara membuatnya.

Bahan yang digunakan: 

Bahan crepe 

  • 1/2 cawan tepung Hong Kong
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 50ml santan kotak
  • 400ml air
  • Sedikit pewarna (ikut pilihan masing-masing)

Bahan Inti

  • 1 1/2 hingga 2 cawan non-dairy whipping cream
  • Biskut oreo secukupnya

Bahan Kastard

  • 1/2 cawan susu cair
  • 50ml air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 biji kuning telur
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil planta

Cara-cara membuatnya: 

  1. Satukan kesemua bahan dalam bekas, kacau menggunakan hand whisk hingga sebati.
  2. Tapiskan.
  3. Panaskan pan non-stick dan sapukan sedikit mentega setiap kali mahu menebar adunan dalam kuali.
  4. Biarkan masak dan tidak perlu diterbalikkan. Angkat crepe.
  5. Pukul whipping cream sehingga kental.
  6. Satukan bahan untuk kastard dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
  7. Panas/masak menggunakan kaedah double boiler. Kacau sehingga likat dan matikan api.
  8. Selepas sejuk, satukan bersama whipping cream.
  9. Bentangkan crepe, picitkan whipping cream, letakkan sebiji biskut oreo, tutup lagi dengan whipping cream dan lipat.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen