Bau minyak bijn harum dan agak kuat. Tidak ramai diantara kita ynag suka menggunakan minyak bijan di dalam masakan mereka. Namun, kebanyakan orang menggunakan kedua-dua bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan.

Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.

Ini antara kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin akan menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini.

1Kesihatan Jantung
Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.

2. Anti Kanser
Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.

3. Mengurangkan Tekanan Darah
Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.

4. Pencegahan Diabetes
Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.

 

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen