Mata adalah salah satu deria paling penting. Mata sihat biasanya diukur melalui mata yang tampak jernih. Sebenarnya deria melihat dengan imej yang terang adalah lebih penting dari ‘rupa’ mata kita.

Salah satu untuk mengukur tahap kesihatan mata kita adalah dengan kerdipan yang dihasilkan. Ketika berkedip, mata akan meratakan cecair (air mata) ke seluruh permukaan mata.

Jika jarang berkedip, seseorang itu mungkin mengalami masalah mata kering kerana kurangnya kelembapan pada bola mata.

Apakah kerdipan mata yang sihat?

Sekelip mata

Mata yang sihat memerlukan hanya beberapa saat untuk melakukan satu kerdipan. Kerdipan ini dikatakan sama cepat dengan bukaan sayap kupu-kupu. Kerdipan ini dibuat kata kiasan ‘sekelip mata’ untuk menggambarkan begitu cepat waktu berlalu.

Jumlah kerdipan dalam seminit

 

Menurut Dr. Stephen Juan, penulis The Odd Body: Mysteries of Our Weird and Wonderful Bodies, mata yang sihat berupaya untuk berkerdip sehingga 10-15 kali dalam tempoh seminit. Dan untuk anak kecil pula, jumlah mungkin sekitar 10 kali kerdipan dalam tempoh seminit.

Lebih kerdipan ketika aktif

Mata yang sihat akan lebih banyak berkedip jika kita menggunakan anggota ini dengan lebih kerap.

Sebagai contoh:

Mata lebih banyak berkedip apabila seseorang melihat skrin komputer berbanding orang yang sekadar membaca buku.

Kerdipan sempurna

Mata yang sihat perlulah berkedip dengan sempurna. Sebuah kajian oleh Dr. Bill Gleason menemukan cara berkedip yang sempurna. Pastikan kelopak mata benar-benar menutup keseluruhan bahagian mata.

Kurang mengerdipkan mata akan menyebabkan iritasi dan masalah mata kering. Mata juga akan menjadi merah dan terasa pedih.

Sumber: rapi.karangkraf.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen