Tandas adalah tempat yang paling penting dijaga kebersihannya. Dari tandas juga boleh menjadi punca bakteria membiak. Tentu kita rasa tidak selesa kalau tandas mahupun kamar mandi bau hancing dan kita juga tidak mahu tetamu rasa sebegitu bukan?

Jom ikut kaedah di bawah berikut untuk hilangkan bau hancing tandas dengan mudah.

1. Pastikan anda sentiasa flush setiap kali menggunakan tandas supaya diganti dengan air yang bersih dan baru.


2. Tuangkan satu cawan cecair peluntur di kawasan mangkuk tandas anda. Dengan menggunakan span dan sarung tangan, lakukan proses skrub atau menyental. Penggunaan cecair peluntur tidak hanya membantu anda membersihkan kamar mandi dan tandas dengan baik, ia juga ternyata efektif menyingkirkan bau hancing dengan sangat cepat!


3. Periksa bahagian tangki mangkuk tandas sama ada ia juga berbau atau tidak. Sekiranya bau dikesan, anda boleh menggunakan cuka putih. Sekaligus cuka putih boleh digunakan untuk membersihkan permukaan mangkuk tandas.


4. Bersihkan ruang bawah mangkuk tandas. Kerana bahagian tersebut mudah memerangkap cecair dan menyebabkan bau hancing melekat pada kamar mandi anda.


5. Jika anda anda menggunakan alas kaki, karpet dan sebagainya, bahagian ini harus sentiasa ditukar dan dibasuh kerap. Kemungkinan besar percikan air kencing ataupun situasi anak-anak terkencing di atasnya boleh sahaja berlaku.


6. Cuci bahagian dinding, molding dan terutama sekali dinding bahagian belakang tandas anda. Kerana adakalanya air kencing boleh terpercik dan melekat pada dinding ketika anda flush.


7. Jika anda rasa kamar mandi dan tandas telah dibersihkan dengan baik dan anda berjaya menyingkirkan bau hancing, tambahkan sedikit haruman yang menarik seperti gunakan pewangi tandas.

 

Komen dgn Fesbuk

komen