Sos ikan adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.

Berikut adalah cara membuat sendiri Sos Ikan.

Bahan yang digunakan: 

  • 600gm ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
  • 1 biji limau nipis | diambil jusnya
  • 5 helai daun salam
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 cawan air masak
  • 1 sudu besar garam kasar

Cara-cara membuatnya: 

  1. Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
  2. Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
  4. Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

Tip: 

  • Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet.
  • Sos ikan ini boleh bertahan selama 4 hingga 6 bulan.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen