Tanpa sedar, apa yang anda lakukan seharian boleh membahayakan kesihatan anda.  Memakai seluar jeans yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk adalag antara kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.

MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT
Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.

SILANG KAKI
Duduk dengan menyilang kaki boleh meningkatkan tekanan darah systolic (tekanan ketika jantung berdenyut sambil mengepam darah) sehingga 7% dan tekanan darah dialostic sehingga 2%. Sebaiknya, elakkan menyilang kaki lebih daripada 15 minit dan jangan duduk dengan posisi dan tempat yang sama lebih dari 45 minit.

KERAP MEMBONGKOK
Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan memberi tekanan kepada tulang belikat anda.

TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM
Posisi ini memang membuatkan anda lebih mudah untuk tertidur. Namun, elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.

TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
Ketika bangun tidur, anda biasa melakukan regangan badan. Jangan begitu, kerana kebiasaan ini boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.

MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT
Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.

BEG TANGAN DI SISI
Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen