Apabila ibu bapa ingin mengajar anak tentang menggosok gigi, jadikan tabiat tersebut aktiviti yang menyeronokkan buat si anak. Apatah lagi jika usia anak semakin bertambah dan anak sudah mula mengambil pelbagai jenis makanan seperti makanan manis, jus, coklat, keropok dan sebagainya. Makanan manis yang diambil oleh anak sejak kecil akan menimbulkan masalah pada gigi seperti berlubang, mudah rapuh dan kehitaman serta menyebabkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Dengan itu, amat penting untuk ibu bapa mendedahkan anak menggosok gigi sejak kecil secara teratur.

Beberapa teknik boleh dipraktikkan oleh ibu bapa untuk si kecil. Antaranya adalah:-

AJARKAN SEJAK KECIL 

Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak kecil. Anda boleh membiasakan sejak anak belum tumbuh gigi lagi. Contohnya, setiap kali mahu mandi boleh gosokkan dengan kain basah atau berus gigi lembut.

MEMBIARKAN ANAK MEMILIH BERUS DAN UBAT GIGI SENDIRI 

Untuk memupuk minat anak supaya mudah gosok gigi, beri peluang pada anak untuk memilih berus dan ubat giginya sendiri. Dengan pelbagai bentuk dan warna yang ada pasti anak-anak akan teruja dan secara tidak langsung lebih bersemangat untuk menggosok gigi.

JADIKAN WAKTU MENGGOSOK GIGI MENYERONOKKAN 

Jelaskan pada anak kepentingan menggosok gigi adalah untuk mengelak kuman yang boleh melekat pada gigi. Jika tidak gosok, gigi akan sakit. Gunakan teknik penceritaan agar anak rasa seronok dan tidak takut untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan gigi secara berkala.

GOSOK GIGI BERSAMA 

Mengajar anak untuk menggosok gigi tidak cukup dengan teori. Anak juga perlu tahu yang ibu bapanya turut melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak salahnya ibu bapa meluangkan masa menggosok gigi bersama anak. Dari situ anak akan faham yang aktiviti ini sangat penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa boleh menunjukkan cara yang betul untuk menggosok.

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen