Apabila cuba membuat donut, hasilnya selalu tidak memuaskan hati. Kejadian paling teruk, donut langsung tak menjadi. Di mana silapnya, walaupun ikut resipi yang betul?

Jangan risau. Ini kami kongsikan tip untuk selesaikan segala masakan donat bantak, tak gebu atau keras.  Sebaliknya, anda boleh hasilkan donat yang mengembang dengan sempurna dan cantik.

Caranya:-

  1. Anda hanya perlu campurkan tepung berprotein tinggi dengan tepung berprotein rendah dengan nisbah 70:30. Hasil campuran ini menjadikan donat mengembang dengan sempurna.
  2. Perhatikan menggunakan yis dengan sukatan yang betul dan yis yang berkualiti untuk mengelakkan donat dari bantat.
  3. Cara menguli juga mempengaruhi hasil donat.
  4. Fermentasi yang terlalu cepat juga menyebabkan donat belum mengembang dengan sempurna  dan akan menjadi keras bila digoreng.

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen