Bila lambat datang bulan je, mesti ingatkan mengandung. Ini antara alasan klise yang diberikan oleh kebanyakan orang bila haid tidak datang mengikut kitaran normal.

Padahal, ada banyak lagi faktor kebarangkalian yang mungkin menyebabkan haid anda terlambat. Wanita mempunyai tempoh kitaran datang bulan yang berbeza, ada yang lama, sekejap dan ada yang memang haid mereka sentiasa teratur.

Menstruasi adalah sebuah kitaran bulanan di mana lapisan pada dinding rahim yang dipenuhi banyak darah serta cairan yang keluar daripada vagina kerana proses ovulasi tidak terjadi.

Jika berlaku proses ovulasi dalam tempoh tersebut, maka kitaran haid akan terhenti dan oleh kerana itu, ramai individu yang menghubungkan masalah lambat datang haid dengan alasan kehamilan.

Walau bagaimanapun, alasan hamil bukan penyebab utama seseorang wanita itu lambat datang bulan. Terdapat faktor lain yang mempengaruhi kitaran menstruasi wanita dan menyebabkan anda lambat datang bulan.

Stres

Ketika dalam keadaan tertekan, tubuh badan akan kurang mengeluarkan hormon GnRH yang menyebabkan tubuh wanita tidak berovulasi atau tidak haid.Setelah masalah ini selesai atau setelah mendapat nasihat daripada doktor, kitaran haid boleh kembali menjadi  normal.

Mengambil ubat-ubatan

Mengambil ubat baru atau sedang dalam waktu pengambilan pelbagai jenis ubat juga boleh mempengaruhi kitaran bulanan wanita. Contoh ubat yang boleh melambatkan datang haid adalah ubat sakit telinga dan ubat gatal-gatal.

Salah kira

Normalnya, tempoh masa kitaran menstruasi adalah 28 hari, tetapi tidak semua wanita mengalami kitaran seperti ini. Ianya berbeza dan ada juga disebabkan kerana tersalah kira waktu kitaran sebenar.

Perubahan pola hidup

Perubahan gaya hidup boleh mempengaruhi tubuh badan dan ini sering terjadi pada mereka yang sering mengalami pertukaran waktu bekerja siang ke malam, dan sebaliknya. Oleh kerana itu, ia menjadi antara salah satu faktor mengapa haid datang lewat pada setiap bulan.

Obesiti

Masalah obesiti menjadikan hormon mengubah kitaran menstruasi atau boleh menghentikannya terus. Kebanyakan wanita kembali mengalami kitaran menstruasi yang normal apabila berat badan mereka menurun.

Terlalu kurus

Terlalu kurus juga menyebabkan seseorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan dapat membuatkan haid berhenti secara total.

Sakit

Sakit yang dihadapi dalam jangka waktu yang lama juga boleh menjadi faktor kitaran haid lambat. Ia berlaku hanya untuk sementara dan setelah sembuh, maka haid anda akan kembali normal.

Pra menopaus

Situasi ini adalah waktu perubahan di antara usia produktif kepada tidak produktif dan pada masa ini, menstruasi menjadi tidak teratur, kadang banyak, kadang sikit, kadang lama atau sekejap.

Menopaus

Menopaus adalah satu situasi di mana ovulasi tidak akan terjadi lagi dan ianya adalah normal dalam kitaran hidup seorang wanita. Namun, situasi ini juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti kesan daripada pembedahan atau kemoterapi.

Hamil

Ya, tidak dinafikan antara salah satu sebab kenapa haid datang lewat adalah kerana faktor kehamilan. Untuk memastikannya, anda perlu melakukan ujian kehamilan menggunakan pregnancy test atau berjumpa dengan doktor.

Sumber: remaja.my & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen