“Seorang wanita mengalami masalah darah haid yang banyak sejak kelahiran anak sulungnya setahun lalu. Walau pun menyusukan bayi, beliau telah mengalami haid selepas habis berpantang 44 hari dan haidnya berpanjangan sehingga 14 hari. Setiap hari dia memerlukan kira-kira 40 – 50 keping tuala wanita. Darah yang keluar juga berketul-ketul seperti hati ayam. Dia kerap letih dan pucat. Kulit juga kusam dan menjadi kasar akibat kehilangan banyak darah”

Haid merupakan pengeluaran secara berkala darah dan dinding rahim melalui faraj. Namun bagi kebanyakan wanita akan mengalami kelambatan haid selepas bersalin iaitu lactational amenorrhea.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr Norintan Zainal Abidin Shah, kira-kira 90% wanita tidak mengalami haid ketika menyusu bayi sepenuhnya.  Jadi masalah yang dihadapi seperti situasi di atas hanya dilalui oleh kira-kira 10% wanita sahaja. Jumlah haid yang banyak agak membimbangkan kerana boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti masalah anemia.

Antara penyebab yang boleh menyebabkan kehilangan banyak darah yang banyak ketika haid adalah:

MASALAH RAHIM

Salah satu penyebab haid yang banyak ialah masalah rahim iaitu fibroid atau adenomysosis. Kedua-dua masalah ini dikaitkan dengan darah haid yang banyak berbanding biasa. Hanya dengan pemeriksaan ultrasound sahaja, doktor dapat mengenal pasti sama ada anda mempunyai masalah ini.

MASALAH PANGKAL RAHIM.

Lakukan ujian pap smear dengan segera selepas haid kering. Salah satu gejala kanser pangkal rahim adalah darah haid yang banyak dan pap smear merupakan ujian saringan untuk kanser pangkal rahim.

Pada waktu yang sama anda perlu meminta doktor memastikan tahap hemoglobin anda. Jika hemoglobin rendah, anda pasti mudah penat. Untuk memulihkan kesihatan anda, pengambilan makanan ber zat besi dan vitamin-vitamin yang lain adalah digalakkan.

MASALAH HORMON

Penyakit kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) boleh menyerang sesiapa sahaja. Tidak kira sebelum atau selepas hamil. Punca penyakit ini berlaku selalunya tidak diketahui tetapi wanita yang mengalami hypothyroidism biasanya mengalami gejala-gejala seperti berikut:

  • Haid yang banyak.
  • Berat badan meningkat.
  • Kulit yang kusam dan kasar.
  • Rambut menjadi kasar.
  • Tingkah laku dan pergerakan menjadi perlahan.
  • Murung.

Wanita yang mempunyai simptom ini perlu bertemu dengan doktor dengan segera untuk mengenal pasti masalah ini. Sekiranya disahkan, pengambilan ubat-ubatan digalakkan agar gejala-gejala yang disebut tadi akan hilang.

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

 

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen