Si ibu pasti tertanya-tanya sama ada jika bayi mendapat susu yang secukupnya terutama jika dia mahu menyusu setiap masa atau kelihatan tidak puas selepas menyusu. Kebanyakkan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10 hingga 12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Berikut adalah tanda bahawa bayi anda menerima susu yang secukupnya:-

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Payu dara anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi berasa tegang dan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang -kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah. Air kencing bayi biasanya berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan sewaktu penyusuan.
  • Najis bayi berwarna kuning gelap atau sering gelap;atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima kelahiran.

Jika bayi anda mempunyai tanda-tanda ini, ia bermakna bayi anda mendapat susu yang mencukupi.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen