Bila makan mi kuning diluar, mesti terasa bau kapur dia kan? Kapur yang digunakan adalah untuk mengekalkan kesegaran mi kuning untuk jangka masa yang lama. Kandungan asid borik dalam mi kuning juga tak baik untuk kesihatan. Jadi, apa yang kita boleh lakukan adalah cuba buat sendiri mi kuning. Mungkin nampak remeh, tapi jika dipikirkan, lebih segar dan bersih kan?

Bahan-bahan: 

  • 500gm tepung gandum
  • 180ml air (untuk bahan uli)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 1 biji telur
  • 2 cubit serbuk kunyit
  • Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)

Cara memasak: 

  1. Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.
  2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.
  3. Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua, set kan kepada proses gulungan yang lebih halus.
  4. Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.
  5. Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.
  6. Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)
  7. Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.
  8. Gaul mi bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.

Tips: Mi ini tahan lebih kurang seminggu lebih.

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen