Apabila sudah mencecah usia enam bulan, si manja sudah bersedia untuk sajian pertamanya. Air tangan ibu adalah yang paling baik untuknya. Jadi, para ibu sediakanlah makanan untuk mereka kecuali jika ada kekangan waktu. Suaplah mereka dengan tangan anda sendiri dan rasai keseronokkan itu. Makan dari tangan ibunya adalah penghargaan buat anak anda. Jangan serahkan tugas ini kepada orang lain.

Bila si kecil sudah mula makan, perkara apakah yang ibu bapa perlu ambil tahu?

1. Sebelum memberikan makanan pejal, pastikan si kecil sudah boleh menyokong lehernya sendiri. Suap dalam keadaan mereka duduk, bukan berbaring.

2. Makanan pejal pertama yang dicadangkan adalah bubur nasi kerana ia kurang risiko alergi.

3. Perkenalkan sejenis makanan dalam tempoh tiga hari berturut-turut untuk mengetahui makanan tersebut menimbulkan alergi atau tidak.

4. Makanan pejal penting bagi bayi enam bulan ke atas untuk menampung keperluan nutrien yang tidak terkandung di dalam susu ibu.

5. Elakkan daripada memulakan makanan pejal lebih awal kerana sistem penghadaman si kecil seperti buah pinggang dan usus masih belum boleh memproses makanan.

6. Puri buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dibuat awal dan disimpan di bahagian beku peti sejuk.

7. Jangan cepat putus asa jika si manja kurang berminat dengan makanan yang disediakan. Cuba lagi dengan bahan dan cara penyediaan lain.

8. Dapatkan kerusi bayi untuk memudahkan tugas menyuap si manja makan.

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen