Kemalangan di dapur adalah perkara biasa dan kadang-kala tak dapat dielakkan. Paling tidak, terkena minyak atau air panas mesti akan berlaku sekurang-kurangnya sekali ketika memasak. Sebelum lecur menjadi lebih teruk, ada satu ‘penyelamat’ yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesakitan jika terkena minyak atau air panas.

Gunakan tepung gandum jika anda terkena minyak atau air panas. Caranya adalah anda kena pastikan bahagian yang terkena itu dilumurkan dengan tepung gandum. Biarkan lebih kurang 10-15 minit. Cara ini dapat mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan kulit daripada melecur.

Simpan stok tepung dalam peti ais untuk digunakan jika kecemasan begini. Tepung gandum yang sejuk lebih berkesan berbanding tepung yang diletakkan dalam suhu bilik. Anda boleh gunakan kaedah yang sama jika lidah melecur.

Rupanya tepung gandum mempunyai daya serap haba dan kaya antioksidan. Sebab itulah ia membantu meredakan sakit dan mengelakkan kulit melecur jika terkena minyak atau air panas. Ingin diingatkan, buat kaedah ini sejurus kemalangan sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 minit untuk keberkesanan.

Sumber: rasa.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen