Bahagian intim atau ‘Miss V’ adalah bahagian yang paling penting sekali buat seorang wanita terutama bagi wanita yang sudah berkahwin. Jadi apabila terhidu bau yang kurang menyenangkan daripada kawasan intim, anda harus berhati- hati kerana pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan bahagian intim anda dan ia perlu diberikan perhatian.

1. Bagi mengelakkan kawasan permukaan alat sulit terlalu lembap, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian dalam daripada fabrik kapas.

2. Seeloknya bawa lebih daripada satu pakaian dalam ketika keluar. Ini bagi memudahkan anda menukarnya sekerap yang perlu.

3. Elakkan memakai pakaian dalam dan seluar pada waktu malam. Lebih elok memakai baju tidur.

4. Kerap tukar tuala wanita sewaktu haid

5. Bersihkan kawasan intim selepas melakukan hubungan.

6. Sentiasa bersih dan lap kawasan intim bermula dari bahagian hadapan hingga belakang.

7. Guna pembersih wanita yang mengekalkan keseimbangan pH dan mempunyai tekstur yang lembut.

8. Elakkan mengambil antibiotik yang tidak diperlukan kerana ini akan mengganggu kseimbangan pH.

9. Elakkan tekanan.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen