Tidak salah kalau kita nak lindungi anak daripada perkara buruk tetapi kalau ‘overprotective’ sangat, bimbang dikecam orang lain pula. Sikap terlalu melindungi ibu bapa akan memberi kesan kepada perkembangan anak anda.

Kalau sudah bergelar ibu bapa, anak adalah keutamaan kita. Semuanya nak yang terbaik untuk anak termasuklah bab keselamatan, keselesaan dan kesenangan apatah lagi kalau anak masih bayi. Kalau boleh jangan ada nyamuk yang berani gigit pipi anak kita pun.

Akan tetapi, tanpa kita sedari kadang-kadang sikap terlalu melindungi anak hingga berlebihan boleh mendatangkan kesan lain untuk jangka masa panjang terhadap perkembangan si kecil.

Anak terlalu manja 

Anak kecil sememangnya seorang yang manja tapi kalau terlebih manja, orang lain pun boleh ‘lemas’ tengok. Bila dari kecil semua ibu nak lindungi dan tak bagi buat, dia akan membesar sebagai anak yang terlalu manja.

Anak mengada-ngada

Bila makin besar dan anak ada sikap mengada-ngada, ia boleh mengundang rasa meluat orang lain. Maklumlah dah terbiasa dilindungi ibu sejak dari bayi lagi, sudahnya semua benda nak ‘bersuap’.

Anak tidak berdikari 

Apa pun tak reti nak buat termasuk tuang air minuman di cawan sendiri sebab dari kecil semua ibu sediakan dan tak bagi anak belajar buat sebab takut air tumpah dan terkena tangan anak. Bimbang anak tercedera, akibatnya anak tak pandai berdikari!

Anak jadi penakut 

Oleh kerana dah terbiasa membesar di bawah lindungan papa mama, maka anak membesar sebagai seorang yang tak berani mencuba sesuatu perkara baru. Dia sentiasa takut dan mahukan perhatian daripada ibu.

Anak kurang kawan 

Tanpa disedari sikap ‘overprotective’ kita telah menjadikan anak kurang disenangi oleh kawan sebayanya. Kesannya anak akan kurang mempunyai kawan kerana mereka rasa bosan berkawan dengan anak kita yang serba-serbi hendak orang dengan cakap dia.

Anak sentiasa nak menang 

Oleh kerana terlalu dimanjakan dan dilindungi, si kecil mungkin mudah mendapatkan apa sahaja yang diinginkan. Bila semakin besar dan bermain dengan kawan-kawan, dia sentiasa nak menang sahaja. Langsung tak pandai mengalah dan bertolak-ansur.

Melindungi anak daripada bahaya biarlah berpada-pada. Sikap bersederhana dalam semua perkara termasuk bab mendidi anak adalah cara yang terbaik. Sesekali biarlah mereka menjadi lasak dan merasa bermain ‘kotor’ agar mereka belajar banyak perkara. Jangan sampai anak membesar dengan sikap yang negatif.

Sumber: majalahpama.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen