Nak masak ayam, tapi bosan dengan menu biasa berasaskan ayam. Ayam merah lah, ayam goreng lah, ayam kurma lah. Bosan betul!

Haaa! Jom cuba resepi Ayam Goreng Peri-Peri ni. Lainlah sikit daripada menu biasa yang anda masak kan? Kalau menjadi, boleh buat selalu!

Mari kita lihat bahan apa yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan:

  • 500gm drummet ayam | bersih dan toskan
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos peri-peri
  • 1 biji perahan lemon
  • 1 sudu makan paprika
  • sehelai daun bay kering
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega | untuk menumis
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng ayam

Cara membuatnya: 

1. Gaulkan  ayam bersama serbuk kunyit dan garam halus. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ke tepikan.

3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumiskan bawang putih dan daun bay.

4. Masukkan cili, paprika, oregano  serta sos peri-peri.

5. Kacau rata dan masukkan ayam , Gaul rata.

6. Kecilkan api, perah jus lemon dan perasakan dengan garam dan gua secukupnya.

7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen