Sangkaya merupakan roti kukus yang cukup popular di Boat Noodles. Tapi ada sebahagian daripada kita meluahkan kepayahan untuk ke tempat berkenaan. Bimbang nak gunakan tenaga yang banyak sedangkan hati mengidam sangat nak makan. Haaa. Apa kata anda cuba resepi Sangkaya yang kami kongsikan ini.

Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan: 

  • 6 helai daun pandan -ambil airnya sahaja
  • 1 biji telur
  • 250ml susu cair
  • 250ml air
  • 150gm gula pasir
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Secubit garam

Cara membuatnya: 

1. Kisarkan daun pandan bersama air secukupnya dan tapiskan. Ambil airnya sahaja.

2. Campurkan telur bersama gula. Kacau sebati.

3. Masukkan susu, air daun pandan, tepung jagung dan sedikit garam. Gaulkan hingga sebati.

4. Tuangkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil selama 20 minit. Pastikan adunan sentiasa dikacau.

5. Apabila ia menjadi pekat, tutup apinya dan sejukkan.

6. Ketika menghidang, letakkan sedikit susu cair di atasnya untuk rasa lebih umphh.

7. Roti pula pastikan ia dikukus untuk mendapatkan hasil yang lembut seperti Sangkaya.

Selamat mencuba!

Sumber: keluarga.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen