Tidak kira apa juga masalah kulit yang anda hadapi, pasti ada penyelesaiannya. Jangan gusar, jangan bimbang. Kali ini kami kongsikan antara masalah lazim kulit dan cara penyelesaiannya.

Hilangkan Jerawat

Cara penyelesaian: Sapukan krim jerawat yang mengandungi kandungan lima peratus asid salisilik ataupun 2.5 peratus benzoyl peroxide. Cara ini dapat meredakan jerawat dalam masa sekurang-kurangnya seminggu.

Tip: Mungkin ada di antara anda yang sudah tahu bahawa ‘eye drop’  dapat membantu menghilangkan kemerahan mata dan ia juga dapat menghilangkan jerawat namun ia tidak berkesan untuk mengeringkan jerawat.

Mata Sembap

Cara penyelesaian: Redakan kesembapan bawah mata dengan pelembap dapat mengurangkan rengsa seperti serum bebuli.

Tip: Pastikan anda tidur dengan dua bantal sebagai alas kepala. Melalui cara ini, ia dapat mengawal cecair agar terus ke bahagian bawah mata, lantas kelembapan dapat kekal di bawah mata dan menghasilkan mata yang segar keesokan hari.

Kurangkan Kedutan

Cara penyelesaian: Penggunaan pelindung matahari seperti SPF dapat mengelakkan kulit daripada nampak berkedut, namun dengan lapisan serum antioksida dan Vitamin C, ia akan dapat memberikan perlindungan ekstra pada kulit serta merawat kedutan.

Tip: Pastikan anda mengambil 500 miligram Vitamin C setiap hari, ini kerana badan anda memerlukannya untuk menghasilkan kolagen. Anda boleh mengambil Vitamin C ini dengan makan ataupun disapu pada kulit.

Kulit Kusam

Cara penyelesaian: Lakukan pengelupasan sekurang-kurangnya dua kali seminggu kerana ia akan membantu untuk menghasilkan kulit yang cerah berseri. Malah jika anda menggunakan berus wajah, ia mampu menggandakan hasilnya!

Tip: Ketika duduk tundukkan kepala anda pada paras lutut dan kekalkan posisi itu selama satu minit. Apabila kepala berada lebih rendah daripada jantung, tarikan graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah anda. Dengan itu, kulit akan menjadi lebih segar dan tampak kemerahan secara semula jadi.

Kurangkan Kemerahan

Cara penyelesaian: Masalah kulit kemerahan sering dialami oleh anda yang memiliki kulit sensitif. Cara untuk menyelesaikannnya adalah dengan memilih produk dengan label ‘calming’, ‘soothing’ dan ‘anti-redness’ untuk memberikan kesan pada kulit yang kemerahan.

Tip: Rendamkan tuala di dalam susu berais, kemudian sapukan pada bahagian yang kemerahan. Kandungan protein dan kesan dingin daripada susu tersebut akan dapat meredakan kemerahan. Selain itu anda juga boleh cuba oleskan isi kapsul minyak ‘evening primrose’ pada kawasan yang kemerahan untuk meredakan kerengsaan kulit.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen