Membersih wajah dengan pembersih yang bersesuaian adalah langkah wajib yang anda lakukan apabila menyebut tentang penjagaan wajah. Namun, rutin anda mungkin hanya terhenti di situ sahaja. Ramai yang meninggalkan langkah menggunakan toner atau penyegar wajah. Ini kerana, ramai yang beranggapan penggunaan penyegar tidak penting.

Anda silap! Dengan penggunaan penyegar yang konsisten, kulit wajah lebih sihat dan bebas cela. Apakah kepentingan toner pada wajah anda?

Melembapkan Kulit

Sesetengah toner mengandungi bahan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Untuk itu, kulit anda tidak akan kering  dan kusam.

Mengecilkan liang-liang pori 

Toner berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang besar dan terbuka selepas proses membersihkan wajah. Liang pori yang terbuka akan menyebabkan wajah mudah untuk mengalami bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Penggunaan toner yang konsisten setiap hari mampu untuk mengecilkan liang pori anda.

Mengimbangkan  PH kulit

Rata-rata pembersih wajah mempunyai sifat beralkali yang menyebabkan imbangan PH kulit terganggu selepas membersih wajah. Ini akan menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum berlebihan dan wajah akan berminyak. Dengan menggunakan toner, ia akan kembali mengimbangi PH kulit anda.

Cara menggunakannya: Tuang toner ke atas kapas wajah yang lembut. Sapukan perlahan-lahan pada keseluruhan wajah.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen