Haaa. Jangan tak tahu. Dalam dunia ni ada Hari Pai Lemon Meringue tau! Jadi, kali ini kami nak kongsikan resepi Pai Lemon Meringue yang pastinya lazat dan enak. Belum cuba belum tahu.

Senang je caranya. Bahan yang diperlukan pun senang dijumpai di kedai. Apa lagi? Cuba lah!

Bahan yang diperlukan:

  • Kerak pai buatan sendiri atau beli di kedai 

  • 1 cawan air sejuk

  • 1/4 cawan tepung jagung 

  • 8 biji telur, putih sahaja

  • 2/3 cawan gula

  • 1/4 sudu garam kasar

Cara membuatnya: 

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 350 darjah selsius. Letakkan kerak pai buatan sendiri ke dalam bekas pai 9 inci dan penuhkan pai dengan kekacang kering. Bakar sehingga kerak pai berwarna keperangan kira-kira 45 minit. Sejukkan.
  2. Untuk membuat lemon curd, campurkan air sejuk dan tepung jagung. Tambah campuran lemon bersama mentega dan gaul rata. Jangan sejukkan curd. Tuang ke dalam kerak pai yang sudah disejukkan tadi. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam hingga 1 hari.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 350 darjah selsius. Dalam mangkuk besar, gaul putih telur, gula dan garam sehingga ia kembang. Tuang meringue ke dalam kerak pai. Bakar sehingga meringue menjadi keperangan atau lebih kurang 8 hingga 10 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: marthastewart.com & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen