Terdapat banyak artikel yang memberikan anda tip menggunakan cuka yang paling berkesan menghapuskan masalah kotoran dan sebagainya. Sebenarnya tidak semua perkara berkaitan mencuci atau membersihkan kediaman sesuai menggunakan cuka.

Berikut adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh guna cuka untuk bersihkan kediaman.

Kotoran dari tumpahan telur

Sekiranya terdapat kesan kotoran atau tumpahan telur pada lantai rumah anda jangan gunakan cuka untuk membersihkannya. Cuka akan menyebabkan telur tersebut membeku dan sukar untuk dibuang.

Seterika

Menggunakan cuka untuk membersihkan bahagian seterika boleh merosakkan permukaannya. Jadi idea untuk membersihkan atau menghilangkan bau terbakar seterika itu tidak memerlukan cuka. Untuk memastikan ia tidak tersumbat (jika menggunakan stim) , kosongkan terus seterika sebaik sahaja digunakan. Ikut sahaja teknik pembersihan yang telah disediakan di dalam manual yang diberikan.

Jubin batu

Sama seperti sifat batuan semulajadi pada permukaan kaunter atas.  Jubin batu semulajadi yang selalunya dipasang di kamar mandi tidak boleh menerima bahan yang bersifat asid. Sama juga dengan bahan asid lain seperti cuka dan lemon. Elak dari menggunakan ammonia. Langkah terbaik gunakan sahaja pencuci khusus untuk batuan semula jadi atau pencuci pinggan mangkuk dan air.

Permukaan kaunter granit dan marmar

Jangan sesekali menggunakan cuka kerana ia boleh mencelakan batuan semulajadi. Untuk membersihkan bahan jenis ini, air suam yang dicampurkan dengan pencuci bersifat lembut sudah memadai.

Lantai kayu keras

Sesetengah tip ada mengatakan dengan menggunakan cuka, lantai kayu menjadi cantik dan berkilat. Manakala ada sesetengahnya kecewa kerana ia merosakkan permukaan lantai kayu mereka. Sebagai langkah terbaik, gunakan pembersih formula khusus untuk lantai kayu. Tetapi jika anda masih mahu menggunakan cuka, pastikan terlebih dahulu anda mencairkan cuka dengan menambah air. Tentukan bahagian tertentu dahulu sebelum membersihkan satu lantai kediaman. Ini dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini dari terjadi.

 Kotoran degil lainnya

Dakwat, air krim dan darah tidak boleh hilang dengan penggunaan cuka semata-mata. Ia perlu menggunakan bantuan penghilang kotoran degil seperi pencuci baju dan sebagainya.

Sumber: impiana.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen