Apabila kita merasa angin dalam badan begitu banyak terasa badan menjadi sangat lemah dan loya. Perut kembung boleh berlaku disebabkan oleh angin yang disimpan di dalam usus yang disekat dan tidak berupaya untuk keluar sehingga anda boleh berasa loya dan perut terasa kembung.

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman anda membuatkan perut anda kembung dan anda biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin atau sendawa. Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan penurunan semangat kerja kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.

1. Ubat-ubat herba

Ubat-ubat herba bukan lagi digunakan secara semulajadi, malah komposisi produk ubat-ubatan herba kini semakin meluas dan turut digunakan dalam bidang perubatan. Banyak bahan-bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit dan menghilangkan angin dalam badan. Ubat herba kini tersedia dalam bentuk cecair dan tablet di farmasi.

2. Halia

Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sedap kerana kini banyak halia digunakan dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat jika dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia. Halia sememangnya berkesan untuk membuang angin dalam badan.

3. Bawang Putih

Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih juga merupakan salah satu daripada petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat. Jika bayi mengalami angin masuk atau kembung biasanya ibu bapa boleh menggosokkan bawang putih di sekitar bahagian badan anak.

4. Air rebusan daun betik

Meminum air rebusan daun betik juga mampu menghilangkan angin dalam badan. Caranya dengan merebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Minum air rebusan tadi dalam keadaan suam. Walaupun rasanya sedikit pahit, inilah cara paling mujarab.

5. Sup panas

Ini adalah petua buang angin yang paling sedap iaitu dengan memakan sup panas. Kesan panas dalam badan boleh menghilangkan lesu yang disebabkan kemasukkan angin dan anda akan berasa lebih segar.

6. Vitamin C

Siapa tahu sebenarnya Vitamin C membantu membuang angin dalam badan kerana Vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan agar ketahanan badan akan bertambah dan badan menjadi lebih sihat. Vitamin C sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan. Produk yang mempunyai Vitamin C boleh ditemui di farmasi.

7. Bekam

Cara berbekam adalah suatu perkata yang sangat biasa dilakukan untuk membuang angin dalam badan. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara. Salah satu cara adalah dengan alat khas yang menghisap udara supaya menarik bahagian kulit anda yang dipercayai untuk menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan. Cara lain adalah menggunakan kaca untuk mengurangkan tekanan udara dalam kaca supaya bahagian kulit akan tertarik. Untuk mengeluarkan darah dan angin, ia dilakukan dengan dua cara. Cara pertama ialah dengan menindik bahagian tubuh yang dibekam dengan jarum dan cara kedua hanya berbekam sahaja. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga adalah sebagai akupuntur membantu memulih stamina dan boleh menghilangkan penyakit tertentu.

8. Bersenam

Ramai tidak tahu bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan dan badan akan terasa lesu dan kaku. Bila anda kerap lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki, sekurang-kurangnya anda mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.

Sumber: maskulin.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen