Cuaca dan suhu persekitaran memberi kesan kepada kelembapan kulit. Jadi penting untuk anda sentiasa pastikan wajah anda sentiasa lembap dan segar.

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah kulit kering, jom lihat antara tip yang boleh mengatasi kulit kering ini. Mungkin boleh dipraktikkan selepas ini?

  1. Elakkan mandi terlalu lama setiap hari. Mandi dengan suhu air yang suam. Air mandian yang terlalu panas akan membuatkan minyak semula jadi yang terhasil pada kulit anda akan hilang.
  2. Elakkan dari menggunakan span mandian atau berus skrub yang boleh merosakkan kulit kerana ia boleh menyebabkan kadar kelembapan kulit anda berkurangan.
  3. Gunakan pencuci muka yang mengandungi pelembap. Elakkan dari gunakan sabun yang mengandungi pewangi dan beralkohol.
  4. Elakkan dari menggaru kulit muka atau tubuh anda.
  5. Sebaik sahaja anda selesai mandi, sapu losyen dengan segera. Ini untuk memastikan agar kulit anda sentiasa lembap.
  6. Ketika mencuci tangan anda, pastikan anda gunakan sabun pencuci tanpa wangian dan elakkan dari menggunakan pelembut kain.

Sumber: jelita.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen