Demam memang akan mengganggu aktiviti seharian kerana kepala rasa berat untuk bergerak. Ketika demam, daya tahan tubuh semakin berkurangan dan virus senang menyerang. Oleh itu, bagi melawan virus tersebut, kita perlu memperkuatkan sistem pertahanan tubuh badan kita. Bagaimana?

Rehat

Apabila terkena hujan, pasti suhu badan akan panas dan air hidung mula meleleh. Apabila demam melanda, berehatlah secukupnya. Berehat dapat memperkuatkan daya tahan tubuh dan mengawal demam daripada terus melarat.

Minum ketika demam

Ketika tidak sedap badan, minum teh hijau dapat memberi kesegaran. Ada juga yang mengatakan minum dua hingga tiga cawan teh hijau boleh menyembuhkan demam. Tetapi, jangan pula ditambah susu kerana ia boleh memekatkan lendir di hidung dan sudah pasti menyusahkan ketika bernafas.

Air putih adalah kunci kepada segala penjagaan diri. Minumlah air putih dengan banyak malah boleh dua kali ganda daripada biasa. Demam yang berpunca daripada virus boleh membuat badan cepat terhidrat.

Minum air yang berisotonik boleh menambah hidrasi tubuh akibat virus yang menyerang. Selain itu air kelapa yang bersifat elektrolik juga boleh membantu agar badan cepat sembuh.

 Makan ketika demam

Biasanya ketika demam, selera untuk makan tiada. Namun, anda tetap perlu makan agar tubuh bertenaga untuk melawan virus. Sup ayam sangat membantu ketika sedang demam. Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Therapeutics, komponen yang bergelar karnosin di dalam sup ayam boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh. Khasiat sup ayam lebih mudah diserap berbanding makanan pejal yang lain.

Bila tubuh sudah beransur pulih, makanan pejal boleh mula dimakan. Mula dengan makanan yang ringkas seperti ubi dan telur dan hindari daripada mengambil gula yang tinggi. Ini kerana gula boleh menghalang tubuh untuk cepat sembuh.

Elak demam berjangkit

Sebaik-baiknya elak daripada bertemu dengan orang ramai jika anda sedang demam. Jika anda mempunyai mesyuarat yang sukar untuk ditunda tarikh, boleh cuba mesyuarat di alam maya seperti skype atau face chat.

Biasanya apabila demam melanda, ianya pasti diikuti dengan selesema. Selesema yang baru hendak menjadi memang mengundang bersin. Walaupun tidak sihat, tetapi jangan bersin merata-rata. Bersin dengan menekup kedua-dua tangan ke mulut. Lebih baik kalau menggunakan sapu tangan yang bersih.

Cuba basuh tangan dengan air yang bersih bersama sabun selama 20 minit sekerap yang mungkin. Berjuta-juta bakteria melekat di tangan dan pasti mengundang jangkitan penyakit. Oleh itu, lap permukaan yang biasa disentuh ramai orang seperti tombol pintu, gagang telefon dan paip sinki. Lebih baik kalau disembur dengan anti bakteria.

Mungkin juga pada saat-saat begini anda menyarankan kepada pasangan untuk tidur berasingan. Mungkin si dia boleh tidur di bilik lain buat sementara waktu. Siapa tahu ketika tidur, batuk atau bersin yang tidak disedari boleh menyebarkan kuman yang tidak elok.

Setelah cuti sakit habis dan terpaksa pulang ke pejabat, cuba elak untuk berjumpa orang ramai. Biar badan sihat dengan sepenuhnya baru boleh melakukan aktiviti yang biasa dilakukan.

Keperluan ketika demam

Pastikan anda membawa banyak tisu untuk keperluan seperti bersin, hidung meleleh dan batuk. Jika perlu, bawalah termometer untuk mengetahui paras suhu badan. Pakai pakaian yang selesa dan bersih terutama kain kapas yang boleh membantu tubuh menyerap peluh.

Bersenam ketika demam

Tidak salah bersenam ketika demam jika tubuh mampu melakukannya. Bersenamlah seperti biasa terutama di dalam gim. Namun, jangan lupa lap semula peralatan yang digunakan untuk mengelakkan orang lain daripada dijangkiti.

Selain itu, dengar kata tubuh badan anda. Jangan memaksa tubuh untuk melakukan sesuatu pergerakan yang tidak mampu. Turunkan intentisi aktiviti daripada biasa dan jika masih tidak mampu, cuba berhenti.

Bila badan beransur pulih, jangan terus bersenam kerana tidak mustahil badan boleh dijangkiti semula. Oleh itu, buat regangan yang ringkas kerana tubuh memerlukan masa lebih kurang satu hingga dua minggu untuk benar-benar pulih.

Jika demam tidak kebah

Jika demam masih berpanjangan dengan diiringi batuk dan bersin tanpa henti, jangan berlengah untuk mendapat bantuan daripada doktor. Bagi mengelak gejala yang lebih parah minta nasihat doktor apa yang perlu dilakukan.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen