Hari Kentang Sedunia!

Selalunya, kentang dimasak sebagai sebahagian daripada menu masakan. Kali ini, kita jadikan kentang sebagai menu utama pula.

Resepi kali ini adalah sebagai penghargaan terhadap kentang. Jom kita cuba resepi Kentang Sumbat ini. Bagaimana lah agaknya rasanya kan?

Bahan yang diperlukan: 

  • 2 biji kentang
  • 3 batang sosej | di dadu kecil
  • 20gm sayur campur
  • 2 keping keju cheddar
  • 15gm daun parsli
  • 15gm bawang merah
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 2ml susu segar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara membuatnya: 

1.    Rebus kentang sehingga empuk dan dipotong dua bahagian. Keluarkan isi kentang dan disagat halus. Ketepikan.
2.    Panaskan minyak, tumis bawang merah bersama sosej, susu dan sayur campur. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
3.    Masukkan isi kentang dan digaul rata.
4.    Sumbatkan ke dalam kentang tadi dan taburkan keju cheddar serta daun parsli cincang.
5.    Bakar selama 15 minit.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my

Komen dgn Fesbuk

komen