Apakah sindrom overtraining pada sistem saraf ini? Overtraining akan berlaku apabila seseorang melakukan latihan secara terus menerus tanpa menghiraukan masa rehat. Keinginan untuk mendapatkan hasil tubuh badan cantik dengan kadar yang cepat adalah  antara penyebab utama.

Tahukah anda bahawa kesannya boleh menyebabkan anda penat dan kurang bermaya bukan sahaja kepada otot yang bekerja, malah  kepada keseluruhan badan anda. Kesan overtraining berbeza bergantung kepada jenis latihan yang dilakukan serta berapa berat atau kerap latihan itu dilakukan sehingga tubuh tidak mampu menampungnya.

Untuk anda yang rajin pergi ke gim atau melakukan senaman-senaman berat, anda  berpotensi besar untuk mengalami sindrom ini.

Untuk kes biasa, ia sering terjadi kepada beberapa bahagian otot yang menjadi tumpuan seperti otot lengan, atau kaki. Namun, jika tubuh anda mempunyai daya ketahanan yang lemah, overtraining juga boleh terjadi kepada saraf. Saranan segera untuk anda adalah untuk mendapatkan rehat secukupnya untuk tubuh. Tubuh juga memerlukan masa berehat untuk memulihkan kembali jaringan otot yang rosak akibat latihan yang berat.

Sindrom ‘Overtraining’

  • Menurunnya tahap kualiti kerja
  • Badan rasa tidak mampu untuk melakukan aktiviti berat
  • Sangat mudah terasa penat
  • Penurunan kadar denyutan jantung

Pastikan jumlah masa rehat anda cukup untuk latihan yang dilakukan kepada otot-otot tertentu. Anda juga boleh lakukan meditasi untuk mengurangkan stres terhadap otot-otot badan. Ini sangat membantu bagi mengelak terkena overtraining pada saraf.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen