Buat pencinta Asam Pedas, kali ini kami kongsikan resepi asam pedas tetel dengan gabungan istimewa epal hijau. Senang je. Lepas ni tak perlu pergi jauh-jauh dah untuk dapatkan asam pedas kegemaran anda.

Bahan yang diperlukan: 

  • 800 gm daging tetel
  • 2 biji epal hijau – potong lapan
  • 200 gm cili kering – kisar 
  • 10 ulas bawang merah – hiris 
  • 4 ulas bawang putih – hiris 
  • 4 cm halia – hiris 
  • 4 cm lengkuas 
  • 3 batang serai – ketuk 
  • 50 gm belacan 
  • 20 gm halba campur 
  • 50 gm jintan putih 
  • 50 gm jintan manis 
  • 250 ml air asam jawa 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya: 

  1. Daging tetel dibersihkan. Diketepikan.
  2. Tumis hirisan bawang merah, halia, bawang putih dan lengkuas hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan serai.
  4. Diikuti dengan halba campur, jintan putih dan jintan manis. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging tetel dan air asam jawa secukupnya. Reneh sehingga daging empuk dan kuahnya pekat.
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan epal hijau dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: sajionline.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen