Ramai yang tahu akan kebaikan susu ibu. Namun dek kerana kesibukan kerja, ramai yang menghentikan aktiviti penyusuan badan setelah habis berpantang. Mungkin selepas membaca kebaikan susu ibu untuk si ibu sendiri ini, ramai wanita akan mula mahu terus mengamalkan penyusuan badan kepada anak-anak mereka.

  • Wanita yang aktif menyusukan anaknya boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.
  • Menurut kajian, penyusuan ibu mampu membakar 500 kalori sehari. Bagi wanita yang mengamalkan penyusuan badan, tubuh badannya akan kembali ke bentuk asal dengan cepat atau semakin cantik kerana proses penyusuan badan mampu membakar lemak si ibu.
  • Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa yang sama mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat.
  • Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang merendahkan tekanan darah sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusukan anaknya.
  • Kepada yang merancang keluarga, penyusuan badan melambatkan proses ovulasi sekali gus menghalang si ibu daripada mengandung.

Sumber: eh.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen