Jus Alpukat yang menggunakan avocado merupakan antara jus terkenal di Indonesia. Rasanya yang manis-manis lemak dan enak pastinya menyegarkan hari panas anda. Tapi kalau di Malaysia mana nak cari?

Apa kata anda cuba resepi jus alpukat ini. Tak perlu lagi pergi jauh untuk dapatkan minuman kegemaran anda.

Bahan yang digunakan: 

  • 2 biji avocado masak ranum 
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • 2 sudu kecil gula 
  • 1 cawan susu penuh krim 
  • Sos coklat secukupnya 
  • Ais secukupnya

Cara membuatnya: 

  1. Belahkan avocado menjadi dua bahagian. Buang biji dan ambil isinya sahaja. Masukkan ke dalam pengisar. 
  2. Tambahkan susu pekat, susu penuh krim, ais dan gula lalu kisar sehingga benar-benar halus. 
  3. Di dalam gelas, tuangkan sos coklat di sekelilingnya dan masukkan jus yang telah dikisar.

Selamat mencuba!

Sumber: sajionline.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen