Walaupun sering diwar-warkan tiada penawar bagi penyakit ekzema, anda masih boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan simptom dan wabak ini. Bagaimana?

1. Elak mandi secara berlebihan. Pakai pelembap, terutamanya selepas mandi.

2. Mandi dengan air panas dan gunakan sabun yang lembut dan tidak mengasarkan permukaan tangan.

3. Hadkan penggunaan sabun, minyak wangi, bahan pencuci, barang kemas, dan sebagainya.

4. Pakai pakaian longgar atau pakaian daripada fabrik kapas berbanding bulu atau serat sintetik.

5. Untuk membantu mengurangkan kegatalan, gunakan cool compresses.

6. Elak memakan makanan yang menyebabkan reaksi alahan.

 7. Bersenam, meditasi atau kenali  teknik pengurusan stres.

8. Pakai sarung tangan sebagai pelindung aktiviti atau kerja-kerja  yang membabitkan penggunaan air yang banyak.

9. Elak melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat kamu panas dan berpeluh.

 10. Kekalkan suhu sejuk di tempat tidur, haba menyebabkan kamu berpeluh, lantas berlaku kegatalan dan kerengsaan pada kulit.

Walau bagaimanapun, apabila kerengsaan berlaku anda harus segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita hanya mampu mengelak tetapi amalan hidup sihat yang dapat mencegah dari dijangkiti penyakit ini. Awas, setiap dari kamu mungkin si penghidapnya, jadi berhati-hati ya!

Sumber: eh.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen