Buat penggemar sambal, mesti pelbagai sambal sudah pernah dicuba dan ada sambal kegemaran. Kali ini kami kongsikan resepi Sambal Pecah Telur. Tambah ikan bilis garing dan kentang akan menyedapkan lagi sambal anda.

Jom lihat bahan apa yang digunakan dan cara membuatnya. Senang je tau!

Bahan yang diperlukan:

  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Bilis (guna yang halus lagi sedap)
  • 3 biji telur
  • 1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
  • Minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
  3. Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
  4. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garam secukup rasa.
  5. Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkan telur. Biar sehingga telur masak.
  6. Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur sahaja.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: rasa.my & goolge (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen