Bila cuaca panas semakin memuncak, bil elektrik juga akan meningkat naik kerana kegunaan penghawa dingin yang tiada hentinya akibat rasa bahang sekarang ini.

Jom lihat antara trik untuk kekal dingin pada musim panas dan cuaca bahang ini supaya tubuh tidak kelihatan basah berpeluh setiap masa.

Sejukkan semuanya

Mulakan habit dengan menyimpan air kosong di dalam peti sejuk atau mungkin hasilkan kiub ais. Kalau mahukan lebih keterujaan, bekukan buah anggur, strawberi atau oren untuk dijadikan snek kala minum petang untuk buatkan tubuh terasa dingin kala cuaca panas memuncak.

Letakkan kiub ais di atas titik nadi

Cara ini sememangnya boleh membantu tubuh anda untuk kekal dingin. Letakkan kain yang direndam air sejuk atau pun menggunakan kiub ais terus ke atas titik nadi atau garisan saluran darah yang boleh dilihat menerusi kulit anda. Sebagai contoh di bahagian pergelangan tangan, tengkuk, dan bahagian belakang lutut. Anda akan berasa dingin serta merta setelah melakukan trik ini.

Tukar tetapan kipas 

Jika boleh, cuba anda tukar tetapan putaran kipas di rumah anda dan jadikannya berputar melawan arah jam kerana jika kipas berpusing pada arah bertentangan, ia dapat menolak udara panas ke atas dan menggantikan udara sejuk di kediaman anda.

DIY Penghawa Dingin

Jika anda mempunyai sebuah kipas lantai, anda boleh cuba lakukan DIY ini yang mana hanya memerlukan semangkuk kiub ais diletakkan di hadapan kipas dan siap sedia untuk tiupan angin yang lebih sejuk seakan penghawa dingin.

Kain lembap

Lembapkan sehelai kain dan gantung di hadapan sebuah tingkap yang terbuka luas. Ini akan membuatkan anda lebih sejuk pabila angin meniup lalu di kain tersebut.

Simpan body mist di dalam peti sejuk

Sebaiknya, simpan body mist kesukaan anda di dalam peti sejuk untuk kegunaan kala cuaca panas.

Pastikan ia gelap

Sebelum keluar dari rumah, pastikan setiap tingkap di rumah anda telah dilindungi rapi dengan langsir, setiap pintu ditutup rapat dan sebolehnya buatkan kediaman anda hanya dimasuki sedikit sahaja cahaya dari luar. Bila anda pulang, kediaman anda akan lebih rasa dingin dan selesa.

Tukar cadar/sarung bantal

Tukar sarung bantal dan cadar tilam anda yang tebal kepada material yang kapas yang lebih ringan. Ia membantu untuk melancarkan peredaran udara dan ini membuatkan anda lebih sejuk selesa kala tidur sepanjang malam.

Makan makanan pedas

Mungkin ia kedengaran agak pelik tetapi menurut pakar, kepanasan dari makanan atau masakan pedas sebenarnya bertentangan dan ia membuatkan anda berpeluh tetapi pada masa yang sama menyejukkan tubuh badan anda.

Mandi, mandi dan mandi

Seeloknya, elakkan mandi ketika kulit sedang berpeluh kerana ini menjadi punca pada masalah kulit berpanau. Untuk kesan yang lebih dingin, rendam tubuh di dalam tab mandi yang dipenuhi air dan kiub ais untuk menyejukkan tubuh dengan segera.

SumberL eh.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen