Kadang-kadang angin atau emosinya elok. Kadang-kadang sampai buat orang jadi pening. Bipolar sebenarnya dalam diam menular dalam diri setiap generasi moden hari ini.

Watak Tiffany lakonan Jennifer Lawrence dalam filem Silver Linings Playbook memberi refleksi kepada persoalan emosi, kurangnya perhatian juga tekanan hidup yang menjerat seseorang itu kepada satu tindakan yang di luar akal logik manusia. Dia boleh menjadi manusia normal dengan berbual, bergurau senda dan tiba-tiba emosinya berubah kepada amarah yang melampau.

Melinda Smith dalam artikel Bipolar Disorder Signs & Symptom menulis yang penyakit bipolar ini bersangkut-paut dengan pemikiran, emosi dan kelakuan seseorang individu. Ia berbeza dengan perubahan mood biasa manusia normal kerana momentum emosi mereka yang mempunyai masalah yang disebut sebagai mental disorder ini boleh menjadi ekstrem mengakibatkan kemurungan juga kegembiraan yang melampau tanpa pengaruh dadah atau alkohol. Tambah Smith, setiap tindakan mereka dilakukan dengan drastik tanpa mengira logik akal atau perasaan orang yang dekat dengan mereka.

Fasa peralihan mood bipolar

1. Cyclothymia merupakan fasa perubahan mood kerana faktor persekitaran yang mengganggu sehingga menyebabkan mood berubah-ubah hampir sepanjang masa.

2. Bipolar I Disorder juga disebut sebagai Mania atau Mixed Episode. Ini merupakan tahap awal bagi individu yang mengalami masalah bipolar. Pada tahap ini sekurang-kurangnya setiap pesakit akan mengalami tekanan sama ada kerana kerja atau peribadi.

3. Bipolar II Disorder pula disebut Hypomania dan mereka yang berada di tahap ini sangat bertenaga, produktif dan memiliki kebolehan yang luar daripada kebiasaan mereka. Namun mereka sering gagal dalam perlaksanaan dan kurang realistik dalam penilaian.

Simptom

Terdapat beberapa tanda mudah untuk mengenal pasti siapa yang punya potensi tinggi untuk terjebak dalam penyakit mental ini. Antara simptomnya adalah:

1. Mudah marah dan menyalahkan.
2. Tidak realistik dalam penilaian.
3. Mengalami gangguan tidur tetapi sentiasa punya tenaga luar biasa.
4. Bercakap dengan sangat laju sehingga tiada siapa yang dapat menangkap perbualan mereka.
5. Kerap berfikir yang mengakibatkan halusinasi melampau.
6. Mudah menghakimi orang sekeliling.
7. Mudah lupa dengan janji yang dibuat.

Penawarnya

Dr. Linda Papadopoulos dalam satu temubual bersama HELLO! Online berhubung isu ini menyatakan setiap individu hari ini harus melihat dan mengenal diri sendiri. Jangan terlalu larut dan terbuai dengan apa yang dilakukan. Dr. Linda memberitahu mereka yang workaholic juga mempunyai kecenderungan mengalami gejala ini. Menurutnya setiap individu harus faham akan kepentingan keseimbangan dalam hidup – perhubungan, sikap profesional dan bagaimana mahu mengawal perasaan.
Melinda Smith pula menyatakan setiap daripada manusia yang menjalani kehidupan serba moden perlu punya ilmu tentang penyakit begini kerana ia mudah menyerang sesiapa sahaja yang tidak mampu mengawal keinginan untuk memiliki berlebih-lebihan. Sentiasa perlu ada sistem sokongan seperti keluarga dan teman rapat serta sentiasa melihat di mana kekurangan diri dan mengawal emosi dengan baik.

Bahagikan masa

Berbalik soal keseimbangan dalam hidup. Bagaimana anda membahagikan masa antara kerja, perhubungan, minat dan waktu rehat. Ambil masa untuk berehat daripada hanya fokus pada satu perkara sahaja. Sebagai contoh, seseorang yang menghabiskan banyak masa pada kerja sahaja sebenarnya mampu membuatkan emosi mereka terganggu dan membawa mereka kepada fasa di luar norma. Jadi kita harus bijak membahagikan masa dan jangan hanya terikat dengan satu perkara pada setiap masa yang ada.

Sumber: eh.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen