Sistem imun tubuh akan semakin rendah apabila usia semakin meningkat. Oleh sebab itulah badan kita akan lebih cepat jatuh sakit. Selain dari mengambil makanan berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup sihat, sistem imunisasi anda boleh dipertingkatkan dengan cara lain. Berikut adalah antara cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan semula sistem ketahanan badan anda.

Bersihkan Cadar

Gunakan air panas sehingga 60 darjah celcius untuk memastikan hama yang merengsa kulit sensitif dan mencetus ekzema dapat dihapuskan.

Ambil Vitamin D 

Mengambil vitamin D dan kalsium yang secukupnya akan mengurangkan risiko masalah tekanan sebanyak 20%. Wanita yang aktif digalakkan mengambil 1000 IU vitamin D dan 2000 mg kalsium setiap hari untuk menguatkan tulang mereka.

Pencuci Mulut 

Menurut satu kajian Jurnal Periodantologi, pengambilan dua auns yogurt setiap hari boleh melindungi gusi anda daripada jangkitan mulut. Bakteria baik dalam yogurt akan membantu melawan bakteria dalam mulut.

Rehatkan Otak 

Jika anda membuat satu kerja seakan dalam mod auto-pilot, berhenti seketika supaya otak tidak jadi terlalu statik. Bawa berjalan atau berbual dengan rakan sekerja selama 5 minit sebelum menyambung semula kerja.

Bersihkan Meja Pejabat

Menurut kajian, terdapat 283 spesies bakteria boleh hidup apabila meja penuh dengan habuk termasuklah yang menjadi pencetus kepada sakit tekak. Bersihkan atau laplah meja pejabat dan juga telefon selalu menggunakan bahan pembasmi bakteri.

Berangan 

Berangan atau memikirkan kenangan manis bersama suami atau anak selama 30 minit sehari boleh menggalakkan kesihatan minda dan emosi.

Mandi 

Hanya dua atau tiga minit di bawah pancuran air sejuk boleh meningkatkan mood. Suhu sejuk boleh mencetus otak untuk melepaskan hormon gembira.

Sumber: eh.com.my & google (gambar)

Komen dgn Fesbuk

komen