Tanggungjawab semua penghuni adalah memastikan kebersihan di bilik air setiap masa. Selain faktor kesihatan, bilik air yang bersih menjadi cermin kebersihan si pemilik kediaman. Di akui cara paling mudah membersihkan bilik air adalah dengan menggunakan pencuci berbahan kimia. Namun begitu tidak ada salahnya mulai sekarang anda menggunakan garam yang berkesan untuk memberikan bilik air bersih dan berkilau. Contohnya:

Dinding Bilik Air

Taburkan garam pada dinding bilik air yang telah dibasahi, kemudian biarkan lebih kurang satu jam. Setelah itu, siram dengan air bersih, kemudian lapkan hingga kering.

Membersihkan Tab Mandi Atau Kolam

Bimbang kolam atau tab mandi anda menguning?  Bagi membuatnya bersih kembali, gunakan larutan garam yang dicampurkan turpentin dan gosokkan pada kolam lalu bilas dengan air. Jika terdapat kotoran yang menempel pada tab mandi anda boleh menggunakan perahan limau nipis atau lemon pada krim tawas, kemudian sapukan pada kotoran tersebut dan biarkan ia mengering hingga beberapa minit. Kemudian barulah gunakan limau nipis atau lemon dan digosok-gosokkan pada dinding tab mandi. Akhir sekali, bilaslah dengan air bersih.

Kerak lantai

Kerak lantai di bilik air muncul daripada sisa baki air sabun. Apabila tidak dibersihkan, maka lantai akan menguning sehingga tampak kotor. Selain kerak, lumut juga haruslah antara yang perlu kerap dibersihkan. Caranya, anda boleh memakai batu apung dan air sabun yang digosok-gosokkan ke kerak secara berulang kemudian dibilas dengan air bersih. Selain itu, cara lain anda boleh menaburkan garam secara rata ke lantai dan dinding kamar mandi. Biarkan selama 30 minit hingga satu jam sampai berbuih. Kemudian, bilaslah dengan air, lalu berus kan dengan air sabun. Setelah itu, bilas lagi dengan air.

Sumber: impiana.my & google (gambar)

 

 

Komen dgn Fesbuk

komen