Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius dan penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Simptom strok haba 

  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Denyutan nadi pantas
  • Kurang berpeluh dalam cuaca panas
  • Otot lemah
  • Muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Mudah pitam

Langkah pencegahan

  • Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap
  • Pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi
  • Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air
  • Disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan

INGAT! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.

Sumber: rapi.karangkraf.com & google (gambar)

 

Komen dgn Fesbuk

komen